Aktor popular, Nazim Othman berkongsi sekeping foto yang diambil bersama seorang anggota polis.

Dalam foto tesebut, Nazim digari dan dipegang oleh seorang anggota polis yang mirip penyanyi Aiman Tino.

Difahamkan, foto itu diambil ketika Nazim menjalani sebuah penggambaran lakonan.

"Muka pasrah bila polis muka persis Aiman Tino nak sumbat kau dalam lokap," tulis Nazim sebagai kapsyen.

Perkara itu telah menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai respon menarik di ruangan komen.

"PM polis tu.

"Polis handsome.

"Mentang-mentang pelakon kena ada rupa, dengan polisnya pun ada rupa," tulis netizen.

Muka pasrah bila polis muka persis Aiman Tino nak sumbat kau dalam lokap. #JawlineDiaLagiAgungDariKita

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Nazim mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.