Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nazim Othman Kongsi Video Main Tuala, Mata Netizen Pandang 'Benda' Lain? - "Kalau Simpan Video Ni Dosa Tak?"

Azwa Rahman
10/03/2022 11:08 MYT
Pelakon kacak Nazim Othman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video ‘slow-mo’ mengenakan seluar nipis beserta tshirt putih sambil memegang tuala.

Menerusi platform TikTok, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Aliff Othman, 38, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Maaf, siaran tergendala,” tulis Nazim di ruangan kapsyen sambil disertakan emoji tab mandi.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Nazim berdiri sambil tersenyum apabila kamera bergerak secara perlahan dari bawah ke atas.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut seakan-akan memperlihatkan bentuk alat sulitnya.
undefined
Sementara itu di ruangan komen, ramai warga TikTok dilihat meninggalkan komen mengusik dan memuji ketampanan wajah Nazim yang persis aktor Korea.

@Yaya nick:alamak, penampakan sesuatu la dosa tak ternampak ek???tolong jawab.”

@ainamyrh :alamak terfocus ke lain.”

@Deq Yan:Tak paham Cuba tunjuk.”

@MEKTIEY:mata saya terlalu liar.”

@Jaiy Jaini:Kalau simpan video ni berdosa tak?”

@??????????:why so hensem Nazim ni..”

@SKY77:tolong bawak aku balik. mata aku meliar tiba-tiba.”

@Chααα :Sebelum post, tak tengok dulu ke?”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan oleh warga TikTok.
#Nazim Othman #Video Viral #TikTok