Kisah kehidupan manusia yang membesar di hutan bersama binatang pernah diangkat menjadi sebuah filem berjudul Mowgli.

Biarpun ia sekadar sebuah karya fiksyen, namun, kisah lebih kurang sama juga pernah mencuri tumpuan masyarakat di negara ini dengan kehidupan adik Muhammad Syukur Khamis, 15, bersama 36 ekor kerbaunya yang pernah dilabel sebagai 'Mowgli Malaysia'.

Begitupun, lain pula ragamnya dengan pelakon Nazim Othman apabila mencuri tumpuan dengan cubaannya untuk menjadi Mowgli versi dewasa!

Semuanya gara-gara beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi satu hantaran di Instagram bersama sekawan gajah liar.





Gambar tersebut dirakam ketika berada di Hutan Simpan Endau Rompin, Pahang.

"Awak nak jadi adik Syukur 2?" komen @harni_mazwan.

"Dah ada gajah boleh jadi jurufoto macam adik Syukur dah ni bersama kerbau-kerbaunya," tulis @nor_ain461

"Power! kalah adik Syukur," puji @hidayahzali1

"Mowgli kedua Malaysia," komen pengikutnya yang lain.





Begitupun, dalam perkongsian tersebut, Nazim dilihat hanya mengenakan seluar pendek tanpa berbaju!



Ternyata, tindakan Nazim yang 'belanja' bentuk badannya itu kepada peminat turut menjadi bualan netizen.

"Tak gatal-gatal ke badan bila kena bulu gajah?' Sebab awak kan tak pakai baju," komen @achik_meera

"Wahai orang perempuan, jangan zoom! dosa.

"Alamak menyeksi lah pulak," komen peminatnya.





Ramai yang memuji badannya cantik, tak kurang juga ada yang mempertikaikan gambar tersebut mungkin sudah disunting.

Begitupun, kata Nazim, dia memang mempunyai bentuk badan yang cantik sejak sekian lama.

"Zaman Paleolitik badan ku memang kekar. Jangan sampai ku buat comeback dengan 6 pack okay?," jawabnya kepada salah seorang pengikut.



Apapun, sekali-sekala bila kita mendekatkan diri dengan alam, memang boleh buat rasa diri tenang!

Bak kata Nazim: "Baik sayang gajah, penat dah broken dengan manusia". Aduhai! mendalam betul maksudnya tu!

Mogwli .

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on