Nazrey Johani Kembali Bersama 'Iman Baru'

Elrafaei Sapi
Ogos 16, 2018 10:00 MYT
Kehebatan vokal yang dimiliki bekas anggota kumpulan nasyid popular, Nazrey Johani memang diminati ramai peminat muzik genre tersebut.
Malah, ketika Nazrey bersama Raihan, dia dianggap individu penting dalam menaikkan lagu ketuhanan menjadi lagu popular dalam kalangan peminat.
Bagaimanapun, sejak Nazrey membawa haluan sebagai penyanyi solo, tidak banyak cerita terbaru mengenainya dilaporkan media.
Menerusi perkongsian daripada salah seorang anggota Butterfingers, Antiloque menerusi Instagramnya, @antiloque, menyatakan penyanyi nasyid itu kembali dengan single terbaru berjudul Iman Baru.
"Diberi mandat untuk merombak , mengolah, menggubah dan menerbitkan lagu dan lirik oleh #UstazNazrey, yang dahulunya bersama #Raihan, skrang bergerak solo tanpa mencairkan intipati kandungan karya beliau," katanya.
Merujuk pada status itu, segelintir peminat teruja untuk mendengar karya terbaru itu selain memberikan sokongan agar Nazrey terus menyanyi.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @nazrey_johani1996
#Raihan #Antiloque #Nazrey Johani