Nazrief Nazri Terpaksa Lupakan Hasrat Nak Sambut Ramadan Di Kampung Dengan Isteri Buat Pertama Kali Selepas Kahwin

ZULHILMI JALIL
April 24, 2020 05:15 MYT
Pelakon Nazrief Nazri terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut Ramadan kali pertama bersama isteri tercinta di kampung halaman selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Nazrief, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia terpaksa akur untuk meraikan kedatangan bulan puasa berduaan sahaja bersama isteri tercinta.
"Jangkaan Ramadan tahun ni pertama kali dapat balik kampung sambut dengan isteri dan sanak saudara.
"Realitinya, sambut Ramadan berdua je lah memandangkan PKP. Tapi, Alhamdulillah, Allah kurniakan isteri tahun ni untuk menemani di rumah, jaga makan minum," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Biarpun tidak dapat pulang ke kampung, katanya, dia reda asalkan negara dapat kembali pulih daripada penularan wabak Covid-19.
Bahkan, Nazrief turut menasihati orang ramai untuk terus cekal dan kekal berada di rumah masing-masing tanpa perlu membuat sebarang perjalanan yang merisikokan diri.
"Korbankanlah kejap perasaan rindu nak balik kampung tu supaya negara kita cepat sembuh seperti sedia kala.
"Jangan mengaku kalah sekarang! #KitaMestiMenang #StayAtHome Selamat berpuasa!," tulisnya.
Nazrief mendirikan rumah tangga dengan model Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November lalu.
Dalam pada itu, saksikan drama lakonan Nazrief Nazri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nazrief Nazri #Puasa #Kampung