Hiburan

Nedim Bersyukur Dre Kembali Ke Pangkuan, Kongsi Saat Manis Bersama

gempak
Mya Amri
16/02/2018
13:13 MYT
Sponsor Banner
Nedim Bersyukur Dre Kembali Ke Pangkuan, Kongsi Saat Manis Bersama
Suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz mengucapkan rasa syukur apabila anak kesayangannya, Dre atau Mohamed Nedrin kembali ke pangkuan.
Nedim mula berkongsi detik bahagia bersama Dre di akaun Instagramnya semalam dan entri tersebut disukai lebih 83ribu pengikutnya dan dihujani ribuan komen.
Rata-rata komen mengucapkan tahniah kepada Nedim termasuk berkongsi rasa sebak apabila membaca kapsyen ditulis Nedim.
Menerusi entri tersebut Nedim berkata, tidak tergambar perasaannya apabila mendapat berita anak kesayangannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang lima bulan saya berada dalam kesakitan, Allah itu sentiasa ada bersama saya,” tulisnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila Nedim tanpa henti memuat naik beberapa fotonya bersama Dre termasuk mengadakan sambutan hari lahir anak kesayangannya itu.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, jelas kelihatan wajah riang seorang ayah yang pernah ‘kehilangan’ jantung hatinya selama hampir setengah tahun.
A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on
Dre merupakan anak Nedim hasil perkahwinan sebelum ini, dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013.
Dia kemudian berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lalaki Putera Rayqal berusia sembilan tahun.
Foto: Instagram Nedim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live