Nedim Luah Rasa Rindu Selepas Dilarang Menghubungi Anak, Bawa Kes Ke Mahkamah

Kamaruddin Razal
September 11, 2017 11:30 MYT
Suami kepada aktres Nora Danish, Nedim Nazri Aziz meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dibenarkan untuk berhubung dengan anaknya, Mohamed Nedrin.
Mohamed Nedrin yang mesra dipanggil Dre merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nedim.
Nedim meluahkan rasa kesal menerusi laman Instagram miliknya, @boss_ned.
Dalam entri tersebut, Nedim memuat naik sekeping foto bersama Nora di perkarangan mahkamah berserta sebuah kapsyen panjang lebar kerana merindui anaknya.
Sebelum ini, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Dre yang kini berusia lima tahun. Nedim dan Nabilah bercerai pada 2013.
Menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dengan Nora, mereka disatukan dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @boss_ned
#Nora Danish #Nedim Nazri