Nedim Sahkan Nora Danish Bakal Bersalin Dalam Minggu Ini

Syafiqah Jalal
Februari 20, 2018 06:49 MYT
Pelakon Nora Danish dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada minggu ini.
Berita itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.
Nedim turut berharap agar Nora selamat melahirkan anak pertama mereka bersama.
Pasangan ini turut mengadakan majlis doa selamat semalam sempena kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.
“Doa selamat buat isteri tercinta dan Ney Ney (bakal bayi mereka).
“Insha-Allah agar selamat melahirkan kandungannya pada minggu ini,” tulisnya.
Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini iaitu Rayqal, 9.
Sementara Nedim turut mempunyai seorang anak dalam perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.
Foto: Instagram @bossned / @rajanoora
#Bersalin #Nora Danish #Nedim Nazri #Mengandung