Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Need Time To Clear All The Old Photos”- Isteri Fad Bocey Akui Ambil Masa Buang Gambar Tidak Bertudung

Syafiqah Jalal
08/04/2019 08:54 MYT
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman akui memerlukan lebih masa untuk membuang semua gambar lama yang tidak bertudung selepas dia baru sahaja dapatkan kembali akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Syahirah ia bakal mengambil masa yang lama untuk membuang semua gambar lamanya itu.

“I’m back with this account (IG) .still need time to clear all the old photos .thank you yang concern DM tapi it takes time untuk clear sebab banyak nau nak scroll smpai ke bawah,” tulisnya.

Syahirah berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia berkongsi fotonya yang manis bertudung sambil memegang sebuah telefon bimbit.

Rata-rata turut mendaoakn agar urusan Syahirah dipermudahkan.

Terdahulu, Syahirah berkongsi IG di akaun suaminya dan mengumumkan mengenai imej serta penghijrahannya di sana.

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.

Im back with this account .still need time to clear all the old photos .thank you yg concern DM tapi it takes time utk clear sbb banyak nau nk scroll smpai ke bawah .?

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on

#Pelawak #Fad Bocey #Tudung #Isteri
;