Hiburan
Neelofa Berangkat Menunaikan Umrah, Peminat Doakan Urusan Dipermudahkan
Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa berkongsi bakal berangkat ke tanah suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga hari ini.
Neelofa menerusi akaun Twitter peribadinya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.
Pelakon drama bersiri Red Velvet itu memohon dipermudahkan urusannya di sana bersama ahli keluarga serta akan menjadi manusia yang lebih baik.
"I'm leaving for umrah insyaAllah today with my family.
"I would like to apologize should I hurt anyone's feelings with my words and actions.
"May Allah ease everything for me and my family and may we come back a better person, insyaAllah," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan terkini, Neelofa baru menandatangi kontrak bersama sebuah agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models di London baru-baru ini.