Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd Noor membolot tiga anugerah di malam Gala InTrend 2017 (#InTrendGala2017) anjuran majalah InTrend.

Pengacara rancangan MeleTOP itu membawa pulang Anugerah Selebriti Paling Menawan, Anugerah Suri Teladan Inspirasi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Adi Teladan.

#InTrendGala2017 diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-12 majalah InTrend. Sepanjang 12 tahun menemui pembaca, majalah InTrend menyajikan pelbagai informasi menarik berkaitan dengan fesyen, kecantikan, gaya hidup serta selebriti serata dunia.

#InTrendGala2017 turut menampilkan pertunjukan persembahan oleh Dayang Nurfaizah, De Fam, Hael Husaini serta pertunjukan fesyen 12 pereka tempatan pilihan InTrend iaitu Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Syaiful Baharim, Rico Rinaldi, MimpiKita, Brian Khoo, Syomirizwa Gupta, Innai Red, Azura Mazaruddin, Zerry Zamry dan Afiq M.

Dihoskan oleh Nana Mahazan dan Marsha Milan Londoh, majlis tersebut diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur.

Mari kita semak senarai penuh penerima anugerah di malam #InTrendGala2017.

Anugerah Supermom Malaysia: Zarina Zainuddin
Anugerah Jurusolek Popular: Khir Khalid
Anugerah Pakar Dandanan Popular: Ckay Liow
Aungerah Selebriti Paling Menawan: Neelofa
Anugerah Suri Teladan Inspirasi: Neelofa
Anugerah Lelaki Dambaan: Syafiq Kyle
Anugerah Social Media Influencer: Vivy Yusof
Anugerah Bintang Paling 'Viral': Datuk Seri Vida
Anugerah Pereka Selebriti Popular: Rizman Ruzaini
Anugerah Model Terhangat: Shikin Gomez
Anugerah Selebriti Fesyen Ikonik: Scha Alyahya
Anugerah Khas - Anugerah Adi Teladan: Neelofa


Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: @hazmiljapilus