Neelofa, Caprice, Sharifah Shahirah & Fizz Fairuz Antara Artis Yang Guna Sosmed Tolong Mangsa Banjir

Izwan Isa
Disember 19, 2021 02:50 MYT
Keadaan sekitar Lembah Kelang sejak malam semalam dilihat semakin meruncing. Sungguhpun hujan sudah berhenti di beberapa kawasan, namun, keadaan banjir yang melanda kebanyakan tempat masih belum reda.
Terdapat banyak individu yang terkandas sejak banjir mulai naik. Ada yang tidak dapat pulang ke rumah dan ada juga yang terpaksa bermalam dalam kereta kerana tidak tahu mahu ke mana.
Bantuan pula sukar untuk sampai ke lokasi memandangkan jalan-jalan dan lebuhraya utama ditutup akibat paras air yang naik ke paras membimbangkan.
Justeru, beberapa artis tempatan dilihat mengambil inisiatif untuk membantu mangsa banjir menerusi capaian media sosial masing-masing.
Menerusi laman Twitter, Neelofa berpesan supaya menghubungi talian hotline Pertubuhan Kasih Neelofa jika terkesan dengan musibah banjir yang melanda.

Updated. Bagi yang sedang mengalami sebarang masalah, atau mengenali sesiapa yang sedang terkesan dengan banjir, boleh hubungi hotline Pertubuhan Kasih Neelofa di talian 012-200 2102. Insya-Allah kami akan cuba bantu.

— Neelofa (@Neelofa) December 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Jika anda mempunyai sebarang info mengenai mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan perhatian PKN, boleh tag atau tinggalkan details di bawah tweet ini. PKN akan ambil maklum.
“Bagi yang sedang mengalami sebarang masalah, atau mengenali sesiapa yang sedang terkesan dengan banjir, boleh hubungi hotline Pertubuhan Kasih Neelofa di talian 012-200 2102. Insya-Allah kami akan cuba bantu,” kongsinya menerusi beberapa ciapan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Caprice pula, penyanyi itu meminta supaya Shah Alam diisytiharkan darurat.
“Shah Alam perlu diisytiharkan darurat dan askar perlu dikerahkan untuk membantu mangsa terutama kanak-kanak dan keluarga emas.
“Sementara itu, ade geng-geng Ford Ranger, trucks, 4wheel di area tersebut? Tag mereka dan check bahagian komen serta story untuk direct call dengan mangsa-mangsa check kalau truck boleh masuk ke tak atau boat sahaja,” kongsi Caprice sambil berkongsi informasi mangsa-mangsa terlibat.
Sementara itu, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah turut memuat naik informasi mengenai mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan dan juga terperangkap akibat kenaikan air.
Begitu juga dengan pelakon Fizz Fairuz, akaun Instagramnya juga digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang mereka yang masih terkandas dan memerlukan pertolongan akibat banjir.
Dalam perkembangan lain, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.
#Neelofa #Fizz Fairuz #Sharifah Shahirah #Caprice