gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Abby Abadi Enggan Panjangkan Isu Babitkan Keluarga, Harap Marissa Lalui Perkahwinan Dengan Tenang - “Dia Tetap Anak Saya”
HIBURAN
"Move On Cepat Atau Lambat Saya Serah Pada Allah" - Fattah Amin
ADVERTORIAL
Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Neelofa ‘Groceries Shopping’ Dua Troli Buat Kaum Ibu Teruja, Ada Juga Yang Usik Teka Jumlah Bil - “Bestnya Tak Payah Tengok Harga”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
18/02/2025
07:50 MYT
Sponsor Banner
Neelofa ‘Groceries Shopping’ Dua Troli Buat Kaum Ibu Teruja, Ada Juga Yang Usik Teka Jumlah Bil - “Bestnya Tak Payah Tengok Harga”
Selebriti popular, Neelofa mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi sebuah video dirinya yang sedang membeli-belah keperluan barangan masakan baru-baru ini.

Meriah Groceries Shopping Neelofa

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan bekas pengacara program Meletop itu sedang mengambil bahan-bahan makanan kering dan basah.
Neelofa turut menggunakan dua buah troli untuk kelengkapan bahan-bahan tersebut siap disusun kemas.

“This time i dah susun nicely takut you all marah,” tulis Neelofa berseloroh.

View this post on Instagram
A post shared by Neelofa (@neelofa)
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian video Neelofa itu.

Kebahagian Kaum Wanita

Rata-ratanya seakan senang melihat Neelofa membeli-belah terutama sebagai seorang wanita dan ibu.

“Inilah kebahagiaan kami kaum wanita..beli groceries, tak kisah duitnya banyak atau sikit, tapi inilah caranya kami gembira,” tulis seorang wanita.

“Buat lagi please video macamni, best tengok orang beli groceries ni,” komen pengikut.

“Terapi lah groceries and vlogging macam ni,” tulis pengikut lain.

Netizen Teka Jumlah Bil

Dalam pada itu, ada juga segelintir pengikut yang cuba meneka jumlah bil belah-belah Neelofa itu.

“Okay total maybe around RM1,000++ ? Seronok tengok lofa ambik je mana nak. Kalau iols siap calculate dulu berapa sebab nak budget punya fasal,” komen pengikut.

“Ok ramai-ramai teka berapa bil keseluruhan? Saya rasa dalam RM1600. Haha,” tulis netizen.

“Not less than RM1000 ni. Seronok shopping barang rumah kalau tak ada financial problem,” komen netizen lain.

“Total around RM600?,” tanya seorang pengikut.
Untuk info, ibu kepada dua cahaya mata itu gemar berkongsi di media sosial mengenai masakan dan aktivitinya di dapur.
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Netizen
#wanita
#Shopping
#Bil
#Harga
#Groceries
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement