Laman Utama

Neelofa & Haris Ismail Teruja Pertama Kali Bawa Bilal Tunai Umrah - “Kita Dah Minta Doktor…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/02/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Neelofa & Haris Ismail Teruja Pertama Kali Bawa Bilal Tunai Umrah - “Kita Dah Minta Doktor…”
Buat kali pertama pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal.
Bakal berangkat pada petang Khamis, Neelofa berkata dia sudah membuat persediaan dari segi ubat dan vaksin yang lengkap untuk putera sulungnya.
“Teruja dan dalam masa sama gementar, sebagai ibu bapa, anak kita masih kecil baru setahun lebih. Apa-apa pun kita kena pastikan dia punya vaksin dan suntikan lengkap untuk umur dia.
“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia… batuk, selsema, demam semua tu la kita dah minta doktor sediakan. Selain itu doa banyak-banyak,” kata Neelofa kepada Gempak.
Neelofa dan suami ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama Omrah Travel yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mohon doa untuk kesihatan mereka sekeluarga, Haris mengakui dia dan isterinya sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.
“Doa la sebab anak kan, biasa bila situasi di luar negara ni ramai orang masuk… berjuta orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik la.
“Kami memang gembira sebab dah ada hasrat nak bawa. Ikutkan trip ni nak bawa ramai ahli keluarga tapi side Neelofa akan ramai turut sama.
“Saya punya ahli keluarga pun ada juga. Jadi, kita sangat gembira sebab dapat bina kenangan di Makkah dan Madinah,” kata Haris.
Neelofa, Haris, dan anak mereka mengikuti agensi Omrah Travel untuk menunaikan umrah selama 12 hari 10 malam bermula Khamis ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024