Hiburan
Neelofa Ketawa Saja Baca Komen Negatif, Mengaku Minat Kumpulan Kpop Ateez
Kontroversi yang membabitkan pengacara popular Neelofa tidak mematahkan semangatnya untuk terus meneruskan kehidupan dengan ceria.
Mencuri perhatian menerusi sesi soal jawab bersama peminat di Twitter, Neelofa sempat mengulas bagaimana dia berdepan dengan komen-komen negatif.
Kata Neelofa, dia hanya akan ketawa sahaja apabila membaca komen-komen sedemikian dan move on.
"Sejujurnya, biasanya saya akan hanya gelakkan saja. Tak simpan perasaan marah atau apa-apa pun sebab ia tidak benar. Kenapa nak ambil hati?
"Kemudian, move on!" tulis Neelofa.
Terdahulu, seorang peminatnya bertanya bagaimana cara Neelofa untuk membuatkan diri menjadi lebih baik apabila membaca komen negatif mengenai dirinya sendiri.
Dalam pada itu, Neelofa mengakui kini sedang meminati kumpulan Kpop lelaki Ateez setelah ditanya oleh salah seorang lagi peminatnya di Twitter.
Neelofa menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini apabila hubungannya bersama pendakwah bebas, PU Riz didakwa sedang bermasalah.
Situasi itu tercetus apabila ahli keluarga Neelofa mula berkongsi status berbaur sindiran di media sosial masing-masing.
Pada masa sama, Neelofa tampil menafikan spekulasi netizen berhubung perkahwinannya dengan PU Riz.