Neelofa, Khai Bahar Artis Top Top MeleTop 2018 & Keputusan Penuh AME2018

Rozaimi Zubaidi
April 8, 2018 16:22 MYT
Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan aktres Neelofa dan penyanyi Khai Bahar diumumkan sebagai Artis Top Top MeleTOP pada tahun ini.
Untuk kategori tersebut, Neelofa dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi sumbangan astro.
Manakala pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.
AME2018 yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad ini telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
AME 2018 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).
Berikut merupakan keputusan penuh AME2018:
Artis Top Top MeleTOP Lelaki : Khai Bahar
Artis Top Top MeleTOP Wanita : Neelofa
Artis Baharu MeleTOP: Farah Nabila
Si Cilik MeleTOP: Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP: Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP: JoHaRa Pagi ERA
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2017
Hos MeleTOP: Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP: Zizan Razak
Drama MeleTOP: Red Velvet
Pelakon TV MeleTOP: Neelofa
Grup/Duo MeleTOP: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Lagu MeleTOP: Bayang, Khai Bahar
Filem MeleTOP: J Revolusi
Bintang filem MeleTOP: Nur Fazura
Fesyen MeleTOP: Neelofa
Anugerah Khas: Datuk Harjit Singh, bekas pembaca berita dwi bahasa dan berbakti dalam dunia penyiaran selama 45 tahun.
Beliau menerima pengiktirafan sebagai Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2011.
#Neelofa #Khai Bahar #AME2018