Pengacara dan pelakon Neelofa terpanggil untuk memberi hadiah kepada satu-satunya pelajar yang memperolehi 6A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.

Neelofa berkongsi hasrat tersebut di laman sosial Twitternya kerana terisnpirasi dengan kejayaan pelajar tahun enam yang dikenali sebagai ‘Odah’ itu.


Perkara tersebut turut dikongsi pengacara MeleTop itu diruangan IG story di laman sosial Instagram miliknya.

Sebelum itu keputusan cemerlang ‘Odah’ telah dikongsi guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Syafaat Nasir atau Tok At menerusi Twitter dan kemudiannya di ulang ciap oleh Neelofa.

Menurut Syafaat, Odah merupakan seorang pelajar yang bijak, hormat kepada guru, selalu senyum, tidak pernah membantah jika disuruh melakukan sesuatu walaupun dia tidak tahu.

Malah Odah turut menolak ketika Syafaat menghulurkan duit kepadanya sebagai hadiah untuk meraikan kejayaannya.

Tambah Syafaat, kejayaan yang diperolehi Odah adalah disebabkan sokongan dan dorongan penuh daripada orang tuanya.

Katanya, Odah hanya anak orang kampung, tetapi ibunya sentiasa menjadi tulang belakang dalam apa jua aktiviti dilakukan pelajar tersebut termasuk menghantarnya ke sekolah dan sarapan pagi di kantin setiap hari.


Perkongsiaan Syafaat telah diulang kicau sebanyak 10 ribu kali dan mendapat 24 ribu tanda suka di Twitter.