Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Neelofa Panggil 20 Orang Abang Bomba Bantu Korbankan Lembu Sado Miliknya

Shahrin Zulkifle
15/07/2022 04:00 MYT
Pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa antara yang tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam menjalankan ibadah korban bagi Raya Aidiladha tahun ini.

Pada Rabu lalu, satu majlis yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, dikhabarkan seekor lembu sado seberat 1,000 kilogram(kg) milik Neelofa dan suami telah dikorbankan selepas berjaya direbahkan oleh lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan.

Menurut Neelofa, pihaknya menyasarkan 850 orang yang akan menerima sumbangan daging korban berkenaan.

“Daripada jumlah itu, kita akan agihkan kepada 150 anggota JBPM Kelantan dari seluruh negeri,” katanya pada Majlis Korban Perdana JBPM Kelantan dengan Kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.

Tambah Neelofa, selain di negeri kelahirannya itu, ibadah korban tersebut turut berlansung di beberapa negeri lain seperti Kedah, Perak dan Selangor.

Katanya lagi, pada tahun ini sebanyak 15 ekor lembu secara total disumbangkan untuk program berkenaan.

Selaku wakil JBPM Kelantan, Encik Zainal berkata, korban perdana tersebut merupakan julung kalinya diadakan dan pihaknya amat berterima kasih kepada Pertubuhan Kasih Neelofa di atas sumbangan tersebut.

“Pertubuhan Kasih Neelofa telah banyak menyumbangkan kepada JBPM terutama semasa pemberian vaksin di Gua Musang dengan menyediakan sumbangan barangan dapur kepada keluarga orang asli di sana.

“Mereka juga turut menyumbang kepada mangsa banjir di Kelantan sebelum ini, terima kasih di atas keprihatinan tersebut,” katanya.

Sumber - Sinar Harian

#Viral #Neelofa #Aidiladha #Haris Ismail #Muhammad Bilal #Lofa #Raya Korban
;