Laman Utama

Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB

gempak
Awani
20/05/2021
02:34 MYT
Sponsor Banner
Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB
Pengacara dan usahawan Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Ismail (PU Riz) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini.
PU Riz yang berdepan dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000.
Manakala, Neelofa pula dikenakan ikat jamin RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepadanya.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.
Isu pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.
Neelofa dan suaminya didakwa setelah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis berkenaan.
Muhammad Haris didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024