Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Neelofa Sedih Risaukan Kesihatan Jebat Jayden

Kamaruddin Razal 29/05/2019 | 07:50 MYT
Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa mengakui dia berasa sedih apabila memikirkan mengenai keadaan kesihatan anak saudara kesayangan, Jebat Jayden.
Jebat yang merupakan anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila menghidap jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan lalu.
"Bayangkan, anak yang sekecil Jebat mengalami kesakitan seperti itu. Apabila memikirkan mengenai apa yang perlu dilalui oleh Jebat, saya rasa sangat sedih.
"Dia sakit dan dia masih kecil. Dia sendiri tak tahu menzahirkan rasa sakitnya dan hanya boleh menangis sahaja.
"Lebih dua bulan Jebat berulang alik ke hospital... Saya juga sibuk dengan kerjaya dan jarang bertemu Jebat di rumah," kata Neelofa.
Tambah hos rancangan MeleTOP ini, dia sering berdoa agar anak saudara ini diberikan kesembuhan segera.
"Jebat sendiri seakan mengetahui yang dia sedang sakit. Bila dia tengok jururawat dan katil hospital pun dia sudah menangis.
"Saya dan keluarga sering berdoa agar Jebat lekas sembuh kerana saya sendiri tak sanggup melihat dia menempuhi pengalaman sebegitu.
"Saya juga memohon agar peminat sama-sama mendoakan keadaan kesihatan Jebat agar dia segera pulih," katanya lagi.
#Neelofa
;