Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Bilal

Azwa Rahman
31/01/2022 02:55 MYT
Pengacara dan usahawan Noor Neelofa selamat menyambut kelahiran bayi lelaki pada 29 Januari yang lalu, 3.44 petang.

Menerusi satu kenyataan yang dihantar, Neelofa dan suami, Haris Ismail sepakat untuk menamakan anak mereka, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujar Haris menerusi satu kenyataan yang dihantar.

Pasangan itu juga memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi sebarang foto anak lelaki mereka buat masa sekarang.

Sekadar info, Neelofa selamat bergelar isteri kepada Harris yang juga pendakwah bebas terkenal di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.
#Haris Ismail #Muhammad Bilal #Neelofa bersalin
;