Neelofa Seru Orang Ramai Sokong Produk Tempatan, "Berbelanja Dengan Peniaga Kecil ..."

Zulaikha Yusof
Oktober 14, 2020 12:15 MYT
Pelakon dan pengacara Neelofa memberi kata-kata semangat kepada warga Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang dikehendaki mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
PKPB telah bermula pada jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.
Menurut Neelofa, 31, dia percaya kita semua boleh menangani wabak ini sekiranya bersepakat.
"Saya tahu ketika ini semua orang mempunyai perasaan yang bercampur baur tetapi ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menangani penularan wabak Covid-19.
"Saya percaya yang kita semua mampu menghadapinya bersama. Ikutilah SOP dan hanya keluar rumah jika ada urusan penting sahaja. Paling penting sekali, kita jaga kita," tulisnya di laman Twitter pada Selasa.

I know a lot of emotions must be running high right now but know that this is the best way to help flatten the curve. I believe we can all fight this together! Follow the SOPs, only leave home for important matters and most importantly take care of each other. #KitaJagaKita https://t.co/1fVxrgB9i8

— Neelofa (@Neelofa) October 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar tempoh PKPB ini tidak menjejaskan peniaga-peniaga kecil.
Justeru, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menyeru agar ramai-ramai bantu mempromosi dan membeli barang produk tempatan.
"Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya.
"Jom kita sokong sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!" tulisnya lagi.

Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya. Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!

— Neelofa (@Neelofa) October 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neelofa #Produk #PKPB #Tempatan