Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Neelofa Tenang Hadap Kecaman Netizen, "Mungkin Kerana Sudah Semakin Matang & Lama Dalam Industri ..."

Zulaikha Yusof
03/02/2021 02:47 MYT
Usahawan terkenal, Neelofa, 31, menyatakan dia tidak terkesan dengan kecaman netizen memandangkan ini bukan perkara baharu untuk dirinya yang sudah sedekad berada dalam industri seni.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, berkata dia sudah lali dan enggan mengambil pusing mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya dan keluarga.

"Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya.

"Orang hendak labelkan saya 'Kardashian' atau apa sahaja... Ia tidak memberi kesan kepada kami.

"Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang.

"Sebagai public figure, saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan. Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan faham," katanya.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTop ini turut disoal mengenai gaya pemakaian niqab kerana sempat mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung jenis bawal baru baru ini.

Jelasnya, penampilan yang digayakan mengikut keselesaan diri bukan untuk memenuhi kehendak netizen.

"Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.

"Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen.

"Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan.

"Sekarang, orang hendak kata apa, biarlah... Saya lebih tenang kerana tahu bagaimana hendak menangani emosi dan mental," katanya lagi.

Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa dengan tunang, PU Riz selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti di laman sosial Instagram (IG).

BACA: Ibu & Adik Beradik 'Unfollow' & Delete Foto Pertunangan..Viral Whatsapp Dakwa Pu Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Malah, keluarganya turut diberi gelaran  'Kardashian Kelantan' kerana banyak drama yang berlaku dalam famili terbabit.

BACA: Gara-Gara Daging Harimau Menangis, Perkataan Kardashians Kelantan Tular Di Media Sosial

#Neelofa #Netizen #Kecaman #Kardashian Kelantan #Lali #Tohmahan