Hiburan

Neelofa Tubuh Badan Kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa Untuk Bantu Mereka Yang Memerlukan

Azwa Rahman
18/06/2020
10:59 MYT
Usahawan dan selebriti popular tanah air Neelofa telah mendirikan sebuah pertubuhan kebajikan pertamanya yang diberi nama Pertubuhan Kasih Neelofa.
Cetusan idea itu terhasil beberapa tahun yang lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.
“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah badan kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan.Tapi, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kata Neelofa menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada Gempak.
Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama iaitu Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.
“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”
“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudian cuba meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.
Tambahnya lagi, dia turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resource, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakkan Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.
“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.
Hiburan

Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

gempak
15/07/2024
00:55 MYT
Setahun sudah usia anak kedua Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz iaitu Abdullah Abbas namun sehingga kini pasangan selebriti masih belum dikongsikan puteranya itu.