Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”
Asyikin Mayudin
24/05/2024 02:55 MYT
24/05/2024 02:55 MYT
Pelakon Neera Azizi kini tampil berhijab selepas tiga malam dia bermimpi dirinya memakai tudung sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.
Dapat Hidayah Dalam Mimpi
Neera atau nama penuhnya Nurazneera Azizi,26, berkongsi pernah terdetik untuk membuka kembali tudung namun bersyukur mendapat sokongan keluarga.
Malah, dia juga turut mengamalkan zikir bagi memastikan dirinya terus kuat menutup aurat dan kekal istiqamah.
“Waktu buat umrah, saya doa nak murah rezeki, lepas balik tiga malam berturut-turut saya mimpi pakai tudung, bagi saya inilah rezeki juga, untuk betul-betul bertudung. Orang kata itu hidayah.
“Tidak dinafikan, ujian lepas berhijab ini lain dan sukar untuk saya gambarkan. Jujur cakap, tiba-tiba ada hari yang tertekan sangat sebab pakaian semua dah kena tukar, pakaian banyak yang tidak sesuai.
Pernah Terfikir Nak 'Freehair' Kembali
“Saya rasa seperti nak menangis nak buka baliklah tudung, bagi saya, orang sekeliling sangat penting terutama sekali, keluarga, luahkan perasaan.
“Selain itu, berzikir juga turut menguatkan saya. Bila rasa macam tertekan atau nak buka tudung balik berzikir, selawat banyak-banyak,” katanya.
Menjayakan watak Tun Fatimah untuk naskah berkenaan, Neera bersyukur pihak produksi memahami perubahan imej dan tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara itu.
“Pihak produksi dan pengarah tidak mempunyai masalah dengan penampilan terbaharu saya ini dan berpendapat ada cara bagi saya untuk melakonkan watak Tun Fatimah.
BERITA TRENDING: "Kalau Nampak Kami Bersama..."- Nafiez Zaidi Jawab Hubungan Dengan Neera Azizi
“Dipentaskan di Melaka sebelum ini, saya berharap dapat memberikan yang terbaik buat teater ini. Mungkin dapat perbaiki dari segi silat,” kata Neera.
Selain Neera, teater berkenaan turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Zack Kool dan atlit silat negara iaitu Al Jufferi.
Attendee panel closed