gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Proses JKP Tak Berjaya, Suami Dah Bersedia Ceraikan Zehra Zambri - "Sangat Berat Sebenarnya Untuk Saya..."
HIBURAN
Boleh Berdamai Dengan Amy Search, Shila Amzah Letak 'Syarat' - "Bukanlah Saya Ada Ego Yang Tinggi Cuma..."
HIBURAN
Hampir 5 Bulan Berkahwin, Atiq Azman Umum Isteri Kini Hamil Anak Pertama - “Abang Tak Sabar Nak Tengok Sayang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Neera Azizi Tidak Tinggalkan Dunia Lakonan, Lebih Selektif Demi Jaga Batas - “Dulu Saya Ambil Semua Tapi…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
13/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Neera Azizi Tidak Tinggalkan Dunia Lakonan,  Lebih Selektif Demi Jaga Batas - “Dulu Saya Ambil Semua Tapi…”
Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi dia tidak akan meninggalkan dunia lakonannya tetapi akan menjadi sedikit selektif dalam pemilihan watak yang ditawarkan.
Kongsi Neera, setiap karakter yang ditawarkan akan ditapis terlebih dahulu oleh suaminya demi menjaga batas dan keharmonian rumah tangga.
“Saya tidaklah berhenti berlakon cuma apa sahaja skrip atau watak suami saya akan tapis dahulu.

“Tidaklah macam sebelum berkahwin, dulu saya ambil sahaja watak tapi sekarang saya akan start memilih ikut pada kesesuaian saya sekarang ini,” katanya kepada Gempak.

Neera berkata demikian ketika ditemui di Majlis Persandingan Neera Azizi dan Muhammad Hafizi yang berlangsung di Magica Subang Hall, Subang Impian, Shah Alam pada Sabtu.
Meskipun, asktres itu mengakui tidak akan meninggalkan dunia seni ini, dia cuba untuk menjaga batas dalam kerjaya sebagai pelakon.

“Asalkan tahu jaga batas dan jaga diri Insya Allah semuanya tidak akan menjadi masalah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanyakan tentang soal cahaya mata, Neera dan suami menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.
“Kalau bercakap tentang zuriat, kami berdua terserah kepada Allah SWT. Kami tidaklah meletakkan tahun ini kami akan mendapat zuriat.
“Tapi kalau Allah kata sudah tiba masanya untuk mendapat zuriat dan rezeki kami datang, kami akan terima dengan hati yang baik.
“Tapi kalau Allah meletakkan lagi dua ke tiga tahun lagi untuk mendapatkan zuriat, kami masih menerimanya,” kongsinya.
Sekadar info, Neera Azizi selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Muhammad Hafizi Mohd Noor, 26, pada Jumaat yang lalu.

BERITA BERKAITAN: Neera Azizi Syukur Dah Kahwin, Sedang Biasakan Diri Dipanggil ‘Puan’ - “Masih Rasa Macam Mimpi…”

BERITA BERKAITAN: Persiapan Hari Bahagia Dah 80 Peratus, Neera Azizi Mengaku Gementar - “Gaun Idaman Dah Siap, Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Nama Dipetik Isu Veil Kahwin Bersulam Inisial ‘Nun’ & ‘Ha’, Ini Respons Neera Azizi - “Kalau Nak Tahu Kena…”

BERITA BERKAITAN: Neera Azizi Berdebar Hitung Hari Bahagia, Tak Sangka Berjodoh Dengan Mutawif Ketika Tunai Umrah - “Lepas Berdoa, Tiba-Tiba Perasaan Itu…”

Topic Berkaitan
#Jaga
#Dunia
#Watak
#Seni
#Zuriat
#Batas
#Neera Azizi
#Pilih
#Tinggalkan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement