Hiburan
Negeri Paling Romantis Di Malaysia Jatuh Kepada…
Negeri Bumi Kenyalang, Sarawak telah diundi sebagai negeri paling romantis di Malaysia menurut sebuah platform e-dagang antarabangsa, Picodi.com.
Selain Sarawak, Johor dan Sabah masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga diikuti negeri Perak di tempat keempat.
Manakala Terengganu, Kelantan dan Putrajaya menduduki tiga tempat terakhir negeri paling tidak romantis.
Senarai ini diambil kira selepas membuat beberapa kaji selidik berdasarkan soalan mengenai hari kekasih yang akan tiba hujung minggu ini.
Kaji selidik ini berdasarkan populariti kata kunci yang selalu dicari oleh para pengguna dalam tempoh Januari sehingga Februari tahun 2019.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh platform yang beroperasi di Poland ini, kaji selidik yang dilakukan di 44 buah negara termasuk Malaysia.
Hasil tinjauan Gempak di laman sosial Twitter, rata-rata wargamaya bersetuju dengan keputusan itu dan mengaitkannya dengan persembahan Hafiz menerusi lagu Kisah Cinta Kita di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
“Aku selalu tersenyum bayangkan kita hidup berdua, berjalan berpeganggan tangan takkan kau lepaskan... Sebelm tidur nk bagitau ORANG SARAWAK MEMANG ROMANTIK SEBAB HAFIZ DAH BUKTIKAN PADA DUNIA,” tulis seorang wargamaya.
“Memang betul la Sarawak romantik. Bawa sampai AJL,” kata seorang wargamaya.
“Ah, senyum lagi teringatkan Hafiz menyanyi untuk wife dia. Orang Sarawak memang romantik ye?” tanya seorang wargamaya.
“Satu Malaysia bangga, terbukti orang Sarawak paling romantik!!!! #ajl34” puji seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video