Negeri Pantai Timur Paling Kurang Daftar Vaksin! Eh, Bakpo Gitu?
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendedahkan kebanyakan penduduk di Pantai Timur kurang mendaftar vaksin.
Malah, negeri di Pantai Timur mencatatkan peratusan pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang terendah di Semenanjung Malaysia.
Menurut Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim, berdasarkan rekod sehingga semalam, Kelantan mencatatkan jumlah pendaftaran terendah iaitu hanya 11.8 peratus penduduk yang mendaftar melalui melalui aplikasi MySejahtera.
"Terengganu dan Pahang pula masing-masing hanya sebanyak 16.3 peratus dan 17.1 peratus penduduk yang mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19,” katanya.
Jelasnya, dia agak khuatir kerana pendaftaran vaksin ini agak rendah di Pantai Timur, berbanding di wilayah seperti Putrajaya yang mencatatkan jumlah pendaftaran 70 peratus.
“Sehingga semalam, seramai 5.53 juta atau 22.8 peratus rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
“Saya meminta agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri terutama di Pantai Timur menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membantu penduduk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin,” katanya.
Sumber : Harian Metro