Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nek Kiah Meninggal Dunia, Teringin Nak Makan Murtabak Daging Antara Permintaan Terakhir

Asyraf Roslan
20/10/2024 14:01 MYT
Pernah tular disebabkan lancar menghafaz Al-Quran dan bertaranum, bekas guru yang dikenali sebagai Nek Kiah dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.45 petang Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan di radio Era menerusi satu hantaran di laman Instagram mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Rokiah atau lebih mesra dengan sapaan Nek Kiah, 87, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ukay Perdana.

ARTIKEL BERKAITAN: Nek Kiah Makin Uzur - "Saya Teringin Nak Makan Murtabak Daging..."

ARTIKEL BERKAITAN: Punca Diejek, Nek Kiah Masih Ingat Mengaji Al-Quran Walau Usia Cecah 90 Tahun! - "Nak Bergaduh Takut, Jadi..."


Sebelum ini, Nek Kiah pernah menyatakan teringin memakan Murtabak Daging ketika ditemu bual oleh Gempak.

Terdahulu, Nek Kiah berjaya mencuri perhatian ramai dengan beberapa edisi video yang tular dirinya masih lancar menghafaz Al-Quran dan bertaranum.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

#Meninggal Dunia #Radio Era #Murtabak Daging #Nek Kiah
;