Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nekad Buktikan Duit Tu Bukan Palsu, Usahawan Belanja Bayarkan Barang Dapur! Cash!

Hanafis Haris
19/05/2022 06:40 MYT

Kecoh di platform TikTok apabila seorang pempengaruh mencampakkan kepingan duit didakwa sebagai wang palsu.

Isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila Tiktokers itu dikatakan menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk seorang usahawan.

Kejadian itu sekali gus membuatkan ramai juga yang meragui sama ada insiden tersebut adalah sebahagian daripada gimik atau teknik pemasaran.

Mahu menegakkan kebenaran, usahawan yang didakwa ‘memperdayakan’ Tiktokers itu tampil membuktikan wang tersebut asli.

Menerusi satu posting di TikTok, usahawan berkenaan menyatakan mereka hidup bukanlah menggunakan duit palsu.

“Aku akan buktikan kejap lagi yang duit kami bukan palsu, kitorang hidup bukan dengan duit palsu,” kata seorang daripada individu di dalam video berkenaan.

Susulan daripada itu, mereka juga tampil membantu membayarkan kesemua barangan yang dibeli oleh orang ramai di sebuah pasar raya menggunakan duit tunai.

“Kami akan bayarkan untuk akak,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

undefined

Sekadar info, isu ‘panas’ membabitkan Tiktokers terkenal menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu daripada ushawan itu berkemungkinan wang palsu.


#Duit Palsu #Campak Duit #Duit Palsu RM10K
;