HIBURAN

Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”

Ainun Md Zooki 19/06/2025 | 03:40 MYT
Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan permohonan perceraian terhadap suaminya.

Tak boleh beri komen

Menurut Khalizah, dia tidak mampu memberikan sebarang penjelasan kepada pihak media buat masa ini.

“Minta maaf saya tak boleh berikan apa apa komen sekarang,” katanya kepada Gempak.

Khaliza berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan perceraian pada Khamis.

Fikry tak hadir

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Khalizah iaitu, Wan Muhammad Afiq, memberitahu Fikry tidak hadir ke mahkamah dan akan menetapkan tarikh baharu pada September nanti.

“Hari ini adalah sebutan pertama, namun defendan (Fikry) tidak hadir dan mahkamah menetap satu tarikh baharu untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk berdamai.

“Prosiding seterusnya adalah pada 10 September 2025,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"

Tambahnya lagi, punca perceraian mereka berlaku disebabkan tidak mempunyai ketidaksefahaman antara mereka.

“Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada kesefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Wan Muhammad Afiq berkongsi Khalizah telah menfailkan perceraian pada sekitar bulan Mei lalu.
“Khalizah menfailkan cerai sekitar Mei. Buat masa ini, Khalizah masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” ujarnya.
Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah dilaporkan melangsungkan perkahwinan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu.
#cerai #Isteri #Mahkamah #Fikry Ibrahim #Fail Cerai