HIBURAN
Nekad Untuk Bercerai Dengan Shuk Sahar, Fara Salleh Bimbang Masalah Rumah Tangga Beri Kesan Kepada Bayi Bakal Lahir - “Saya Tak Nak Jadi Ibu Toksik…”
Kemelut rumah tangga Shuk Sahar dan Fara Salleh semakin rumit apabila isteri kepada pelawak itu nekad membuat keputusan untuk bercerai.
Perkahwinan toksik
Dianggap ia satu keputusan untuk kebaikan masa depan anak dalam kandungan, Fara mendedahkan dia enggan lagi meneruskan perkahwinan yang didakwa toksik.
“Semestinya (nekad nak bercerai). Itu yang terbaik untuk bayi. Saya tak nak jadi ibu toksik kepada anak saya.
“Saya tahu perkahwinan saya tidak healthy untuk diteruskan. Kalau saya teruskan juga nanti akan beri kesan kepada anak. Terutama bila nanti kami suami isteri bergaduh, akan seksa mental anak.
“Jadi, untuk selamatkan anak saya dan kesihatan mental, memang saya nak bercerai.
“Sebenarnya, kami dah cuba untuk berbincang banyak kali tapi dia (Shuk) tak pernah nak sit down heart to heart talk. Dia selalu abaikan dan anggap saya hanya nak issuekan benda remeh,” katanya kepada Gempak.
Tak muncul diri
Syukur diri dan bayi dalam kandungan dalam keadaan baik, Fara turut mendakwa Shuk masih belum memunculkan diri di hospital.
“Shuk langsung tak ada melawat. Padahal dia ulang alik Singapura dan Pulau Pinang.
“Hari ini, hari ketiga di hospital. Saya ditahan di hospital di Johor. Sejak 6 Februari lalu, saya keluar masuk (hospital) cuma kali ini agak lama. Baby Alhamdulillah sihat,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kau Hina Aku Cakap Mengandung Anak Haram, Panggil Aku Jal*ng" - Fara Salleh Dedah Perangai Shuk Sahar, Dilayan Teruk Ketika Hamil?
ARITKEL BERKAITAN: Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Must-Watch Video