Laman Utama
Nelissa Nizam Beri Sebab Kenapa Mesra Sangat Dengan Zul Ariffin Di Instagram - “Tujuan Kongsi Gambar…”
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapakah pelakon Nelissa Nizam kerap memuat naik gambar mesranya dengan aktor popular Zul Ariffin di Instagram?
Tidak hanya itu, ramai juga yang ingin tahu adakah Nelissa dan Zul Ariffin sedang menjalinkan hubungan cinta dalam diam?
Rupanya, perkongsian gambar-gambar tersebut tidak lebih sekadar untuk mempromosikan sebuah drama bersiri baharu yang menggandingkan mereka berdua sebagai pelakon utama.
Nelissa berkata, perkongsian tersebut dilakukan kerana drama berkenaan bakal bersiaran dan menemui penonton tidak lama lagi.
“Sebenarnya perkongsian berkenaan tidak lebih hanya nak beritahu penonton yang drama kami itu bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya akui memang ada yang tegur aksi mesra kami. Namun, ia hanyalah babak-babak ketika penggambaran.
“Bagi saya, kami tak berlebihan pun sebab semuanya sebab watak. Selepas empat bulan shooting, baru kami upload sikit-sikit bagi tujuan pemberitahuan bahawa drama lakonan kami akan bersiaran kelak,” katanya kepada Gempak.
Nelissa ditemui ketika majlis tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang berlangsung di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor pada baru-baru ini.
Sebelum ini, video promosi drama terbaharu lakonan Nelissa dan Zul Ariffin menarik perhatian netizen di laman sosial.
Melanjutkan bicara, Nelissa berkata, dia sangat suka bekerja dengan Zul dan menyifatkan aktor berkenaan sebagai seorang yang baik.
“Seronok bekerja dengan Zul Ariffin kerana dia seorang yang baik. Tambahan pula, dia sangat pemurah dan selalu belanja kami di set penggambaran. Selain itu, dia juga kerap buat lawak dan menjadikan suasana kerja menyeronokkan.
“Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak utama, jadi Zul banyak memudahkan kerja. Sungguhpun sudah habis penggambaran, namun kami tetap bertanya khabar dan keep in touch,” katanya lagi.
Must-Watch Video