gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Pentas Kini Dibuka! Semak Senarai Lagu Minggu Pertama
HIBURAN
Zainal Abidin Terkilan Ada Penyanyi Tolak Sertai Konsert Legasi P Ramlee, Anggap Satu Kerugian Tak ‘Join’ - “Mungkin Ego & Berasakan Diri…”
HIBURAN
Netizen Dakwa Nampak Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Bersama Di KLIA – “Hampa Nak Pi Mana Tu?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nelissa Nizam Bukan Anak Emas Ahmad Idham, Anggap Keserasian Antara Faktor Dapat Peluang Bintangi Filem - “Kami Sudah Kenal Lama…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Nelissa Nizam Bukan Anak Emas Ahmad Idham, Anggap Keserasian Antara Faktor Dapat Peluang Bintangi Filem - “Kami Sudah Kenal Lama…”
Pelakon Nelissa Nizam menafikan dakwaan dia adalah anak emas kepada Dr. Ahmad Idham gara-gara sering muncul dalam filem arahan penerbit tersebut.

Nafi anak emas

Menganggap semuanya soal rezeki dan keserasian dalam bekerja, Nelissa berkata dia tidak pernah meletakkan dirinya lebih istimewa sebaliknya sentiasa memberikan yang terbaik tanpa mengira siapa pengarahnya.
“Bagi saya untuk menjawab dakwaan tersebut, istilah anak emas itu memang tidak sama sekali. Tapi kalau orang nak cakap macam itu, saya tak boleh halang.

“Sebenarnya banyak sahaja projek Ahmad Idham yang tak melibatkan saya. Saya juga berlakon banyak bawah arahan pengarah lain.

“Cuma mungkin sebab dia selesa bekerja dengan saya. Kami dah kenal lama, mungkin itu yang buatkan kami senang bekerjasama. Saya faham cara dia, dia pun tahu apa saya boleh beri,” katanya kepada Gempak.

Hubungan profesional

Kata bekas anggota The Gadys itu, keakraban dalam dunia kerja bukan bererti berlaku ‘pilih kasih’ malah menegaskan hubungan profesional antara mereka tidak sepatutnya disalah tafsir.
“Rasanya dia (Ahmad Idham) layan sama sahaja macam pelakon lain. Bila dah selesa kerja dan dia okey, tentulah dia akan panggil semula.

“Tak timbul isu anak emas pun. Semua ini tentang kepercayaan, rezeki dan profesionalisme,” katanya ketika sesi fotografi filem Impak Maksima 2, di APD Circuit MARDI, Serdang baru-baru ini.

Sehingga kini, Nelissa sudah membintangi empat filem arahan Ahmad Idham termasuk Saka Perawan, Reza GTR, Sahak Gangster dan terbaharu Impak Maksima 2.
Berkongsi tentang naskhah terbaharu yang bakal menemui penonton bermula 17 Julai depan, karya berkenaan memberi cabaran berbeza buat dirinya.
Filem tersebut bahkan menyaksikan anak jati Kuala Lumpur itu pertama kali melakonkan aksi lasak termasuk memandu kereta aksi sendiri, tanpa bantuan pelagak ngeri.
“Impak Maksima 1 dah ada pengikut setia. Jadi semestinya harapan tinggi diletakkan untuk sambungannya. Kami semua dah beri yang terbaik.
“Semoga penonton suka dan terima usaha kami. Kami berlatih lebih sebulan. Ada satu babak perlumbaan, saya bawa sendiri kereta laju. Jujurnya, saya takut sebab bukan biasa pandu begitu, tapi saya cabar diri.
“Bila tengok hasilnya, saya puas hati. Memang tekanan tinggi sebab peminat filem pertama ramai. Tapi saya percaya kami berjaya capai tahap setanding atau lebih baik. Tak sabar tunggu penonton tengok nanti,” katanya.
Impak Maksima 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Arfie Shah.
Topic Berkaitan
#Filem
#Ahmad Idham
#Anak Emas
#Nelissa Nizam
#Impak Maksima 2
Must-Watch Video