HIBURAN
"Nelydia Dah Anggap Saya Macam Adik, Saya Anggap Dia Macam Kakak" - Hariz Hamdan
Pelakon kacak Hariz Hamdan tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi atau sengaja mencari populariti menerusi hantaran video bersama Nelydia Senrose di Langkawi baru-baru ini.
Jelas Hariz, 23, niatnya berkongsi video itu sekadar untuk berkongsi momen kelakar dan menarik sepanjang penggambaran bersama.
"Niat saya kongsikan video itu bukan untuk viral, ia sekadar untuk kongsikan pengalaman dan momen best shooting.
Hariz ditemui pada majlis pelancaran Regional Brand Pop-Up ASICS di TRX Mall, Kuala Lumpur pada Rabu menjelaskan dia telah mendapat kebenaran daripada Nelydia sebelum berkongsi hantaran video terbabit di media sosial."Dalam kereta kabel itu merupakan minggu terakhir shoot dengan team. Kami dah rapat dah, saya anggap dia macam kakak dan dia anggap saya macam adik," ujarnya kepada Gempak.
"Sebelum viral tu saya ada hubungi Nely, sudah tentulah saya perlu hormati statusnya yang sudah berkahwin. Saya tanya dia, bolehkah post ni, katanya boleh saja.
"Itu antara momen best dan kelakar yang niat saya hanya untuk share kepada peminat. Itu saja," jelasnya.
BERITA TRENDING: Dipeluk Nelydia Senrose, Hariz Hamdan Mohon Maaf - “Mungkin Pada Saat Itu Dia Rasa…”
Bagaimanapun, Hariz memohon maaf andai ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memuatnaik video berkenaan."Sudah tentulah ramai yang salah anggap, saya tidak salahkan mereka, cuma daripada pihak saya, minta maaf kalau ada yang sakit hati, tersinggung perasaan.
"Itu learning lesson untuk saya, kalau ada yang cakap tak elok, bukan niat saya untuk post. Bila ada yang tak suka, saya anggap sebagai pengajaran," tambahnya.
Terdahulu, sepotong video Nelydia secara spontan memeluk lengan Hariz ketika berada di dalam sebuah gondola kereta kabel tular di media sosial selepas dikongsikan pelakon lelaki berkenaan.
Hal itu mencetuskan pelbagai perdebatan termasuk kecaman terhadap tindakan kedua-dua pelakon itu, tambah pula Nelydia yang berstatus isteri orang.
Must-Watch Video