Nelydia Senrose Bangkit Martabatkan Songket Melayu

Elrafaei Sapi
Mei 6, 2018 03:53 MYT
Pelakon jelita, Nelydia Senrose meneruskan karier seninya apabila muncul dengan jenama bajunya sendiri, Impian By Nelydia.
Ujar adik Uqasha ini, dia tampil dengan pakaian untuk Aidilfitri dan koleksi pakaian tidur.
Menariknya, aktres berusia 23 tahun ini memilih songket untuk rekaan baju raya dengan konsep minimalis dan ringkas selain menonjolkan elemen klasik dan mengekalkan ciri budaya Melayu.
Tambahnya, pakaian koleksi Aidilfitri muncul selepas mendapat tawaran daripada Starvilion pada Mac lalu.
Nelydia memberitahu dia bebas dalam menentukan rekaan dan berkongsi idea baharu dalam koleksi berkenaan.
Dalam satu statusnya di Instagram, dia bersyukur di atas pelancaran koleksi igau daripada jenamanya.
"Sejujurnya, saya sendiri tidak sabar menunggunya," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Sumber: Berita Harian
Foto: IG @nelydiasenrose
#Nelydia Senrose #Impian By Nelydia