Hari ini apa yang menjadi pilihan Gempak ya? Jom tengok senarai di bawah!

#1. BACA: Balik Dari Mengerjakan Umrah, Nelydia Senrose Sudah Berhijab?

Aktres jelita Nelydia Senrose dikatakan sudah mengenakan hijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada awal tahun lalu.

Menerusi pemerhatian Gempak di akaun Instagram milik peminatnya, kelihatan banyak hantaran terkini memaparkan pelakon filem Jebat itu tampil dengan imej terbaru.

#2. BACA: “Suami Tak Pandai Nak Surprise”- Tiada Anniversary Dinner, Isteri Atu Gembira Dibawa Ke Masjid

Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari gembira apabila dibawa suaminya ke masjid di hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut Shafeeqa, suaminya tidak mahir dalam membuat kejutan namun pada hari itu dia terkejut serta terharu kerana buat pertama kalinya dapat mendengar ceramah secara langsung pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin.

#3. BACA: “Terima Kasih Yang Mendoakan Mummy Mastura” - Oja

Oja mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu saudaranya, penyanyi
lagu Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail, yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, kira-kira jam 8.39 malam Rabu.

#4. BACA: Terima DM Alat Sulit, Janna Nick Lebih Matang Hadapi Lelaki ‘Gatal’

Selebriti Janna Nick mendedahkan dia telah menerima banyak gangguan daripada lelaki terutama berbaur lucah menerusi direct message (DM) di akaun Instagram miliknya.

Namun Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bersikap lebih matang untuk tidak mempedulikannya dan menganggap ia lumrah hidup sebagai seorang selebriti.

#5. BACA: #OhAbeNik: Si Bulus Hilang, Ini Cara Panggil Semula Balik Rumah... #7 Tu Katanya Paling Berkesan!

Tahukah korang ada beberapa tips untuk 'memanggil' semula kucing kesayangan korang pulang ke rumah?