Pelakon jelita Nelydia Senrose mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bersama kakaknya, Uqasha Senrose bersempena hari lahir ke-29 yang disambut semalam.

Menurut Nelydia, dia bersyukur memiliki kakak sebaik Uqasha yang dianggap sebagai teman baik dan sentiasa melayan karenahnya.

“Selamat hari jadi Usha. Terlalu banyak memori kita lalui bersama dan saya hargai setiap masa bersama awak. Awak kakak dan kawan terbaik yang seseorang boleh dapat.

“Saya bertuah dapat awak sebagai kakak. Terima kasih manjakan B walaupun saya tahu kasang Sha menyampah nak layan kan haha sorry awak melekat bersama saya selamanya. Sayang awak sangat Sha. Kalau nak tengok kakak saya 19 tahun lalu, boleh swipe kiri,” tulis Nelydia panjang di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Nelydia berkongsi foto-foto lama sewaktu mereka masih bayi, kakak-kanak, remaja sehinggalah yang terkini.

A post shared by @nelydiasenrose


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat foto-foto lama pasangan adik-beradik itu dengan karenah mereka masing-masing.

Comelnya masa kecik. Dah besar ni dua-dua lawa,” puji seorang wargamaya.

Muka diorang sama je dari kecik sampai besar,” ujar seorang wargamaya.

Aww beautiful siblings. Sisters are connected by heart, forever together. They will never be apart,” tulis seorang wargamaya.

Comelnya dapat tengok zaman budak kecik. Semoga bahagia selalu dua beradik ni. Kalau ada rezeki buat drama sama-sama lagi meletop,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada pengikutnya.