HIBURAN

Nelysa Norazlan Selamat Bersalin Anak Kedua, Titip Doa Buat Wanita TTC - “Semoga Satu Hari Nanti Bakal Merasai Momen Ini…"

Mya Amri 15/07/2025 | 02:25 MYT
Personaliti media sosial, Nelysa Norazlan selamat melahirkan cahaya mata keduanya.

Usia kandungan tepat seperti anak sulung


Berita gembira itu dikongsi Nelysa menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menurut Nelysa, kelahiran anak keduanya itu berlaku tepat pada usia kandungan 39 minggu, 4 hari sama seperti anak sulungnya, Eushaq.

“Alhamdulillah, 13.7.2025 tepat pukul 10.46 pagi Nely selamat melahirkan anak lelaki kami yang kedua.
Terdahulu, Nelysa mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Multazam Nasir dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki bernama Muhammad Eushaq.

#Bersalin #TTC #Nelysa Norazlan