Laman Utama

Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran Walaupun Sakit : “Penawar Terbaik Semua Penyakit”

gempak
Gempak
09/10/2022
02:47 MYT
Sponsor Banner
Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran Walaupun Sakit : “Penawar Terbaik Semua Penyakit”
Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof berkongsi antara amalan yang dilakukan ketika sakit adalah membaca ayat suci Al-Quran.
Menurut Bibi Khoteja, meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca Al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
"Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca Al-Quran.
"Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran Al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran," katanya.
Tambah Bibi Khoteja guru mengajar Al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
"Saya sakit tetapi guru Al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal Al-Quran," jelasnya.
Bercerita mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, Bibi Khoteja menyifatkan acara tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live