Hiburan
“Nenek Sampai Mimpi Yoe Parey Datang” – Tu Dia, Lain Macam Penangan Syif Malam Raya
Sudah hampir seminggu ditayangkan namun Syif Malam Raya tetap mempunyai auranya yang tersendiri.
Bersesuaian dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Syif Malam Raya merupakan filem pilihan untuk ditonton seisi keluarga.
Menambah rencah dalam filem tersebut adalah lakonan pertama bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya yang ternyata tidak mengecewakan.
Masing-masing kekal dengan perangai dan karakter tersendiri sehinggakan setiap babak yang dilakonkan menjadi perhatian penonton.
Terbaharu, menerusi perkongsian di Twitter dengan menggunakan Id @maryam_iqlima berkongsi gelagat neneknya sewaktu menonton filem berkenaan.
“Semalam tengok filem Syif Malam Raya, nenek sampai mimpi Yoe Parey datang rumah hahahaha,” tulisnya.
Sehingga kini banyak komen-komen positif yang diberikan kepada barisan pelakon Syif Malam Raya.
Tidak hanya Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Sharif, Syaiful, Reen Rahim, Azlee Senario, Saiful Apek dan Daniel Lawak Solo.
Jadi kepada anda yang ingin melihat gelagat mereka, jangan lupa untuk melanggan filem Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
BACA: Hebat Sungguh Lah Wey! Syif Malam Raya Kutip RM1.6 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan Di Astro First
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.