Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nenek Viral ‘Aku Hempuk Nyawa Kau Menggelupor Nyawa Kau’ Rupanya Pesakit Kanser Payudara

Shahrin Zulkifle
13/02/2023 06:00 MYT

Seorang nenek yang viral dengan ayat 'kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang' yang pernah tular di laman TikTok dikhabarkan telah meninggal dunia, pagi Sabtu.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh cucunya, Syukri Shaharudin menerusi perkongsian video di TikTok.

“Nenek telah menghembuskan nafas terkahir, mohon semua mendoakan agar nenek ditempatkan dalam kalangan beriman,” tulisnya pada kapsyen.

undefined

Pun begitu, siapa yang menyangka bahawa nenek itu merupakan pesakit kanser payudara. Ini kerana terdahulu, seorang lagi cucunya yang dikenali sebagai Hada Shaharudin pernah berkongsi video di laman sama mengenai keadaan neneknya itu yang pernah menerima rawatan bagi penyakit tersebut.

“Kenal ‘nenek hempok mengelupor nyawa’ tak? Kalau kenal nenek saya, nak minta kalian doakan nenek saya cepat sembuh, doa nenek saya kelua hospital supaya dia dapat makan kambing feberet dia.

“Nenek saya penghidap kanser payudara. Sekarang ni kanser tu datang balik..doakan nenek dapat lawan penyakit dia. Saya tahu nenek kuat. Jangan lupa doakan nenek saya ok,” katanya pada video berkenaan.

undefined

Sementara itu, ruangan komen dihujani ucapan takziah buat keluarga dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Meninggal Dunia #TikTok #Kalau Aku Hempuk Nyawa Kau #Nenel Viral