Hiburan

Nenek Zahirah MacWilson Meninggal Dunia, Rasa Bertuah Dapat Jaga Arwah - “Orang Yang Akan Simpan Setiap Berita Artikel…”

gempak
Asyikin Mayudin
12/08/2024
01:18 MYT
Sponsor Banner
Nenek Zahirah MacWilson Meninggal Dunia, Rasa Bertuah Dapat Jaga Arwah - “Orang Yang Akan Simpan Setiap Berita Artikel…”
Nenek kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Faridah Nyak Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam, Ahad.
Menganggap dirinya bertuah berpeluang menjaga neneknya, Zahirah menerusi Instagram miliknya berkata dia akan merindui gelak tawa dan momen bersama arwah.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-fatihah buat nenek tersayang kami, Faridah Binti Nyak Mohamad. Bertuah saya ada nenek seperti awak, bertuah saya ada peluang untuk menjaga nenek.
“Sangat bertuah saya dapat berada disisi nenek di saat akhir pada 11 Ogos 2024, 8.30 malam. Saya akan rindu gelak tawa, sayang nenek terhadap drama Melayu, rutin pagi nenek membawa surat khabar, masakan sedap nenek, cerita nenek dan hati nenek yang besar.
“Terima kasih kerana menjadi peminat terbesar saya, orang yang menyimpan setiap berita artikel yang ada tentang saya,” kata Zahirah.
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini juga menganggap kehidupannya tidak akan sama selepas pemergiaan arwah.
“Kehidupan tidak akan sama tanpa awak, nenek tapi nenek di tempat yang lebih baik. Rehatlah nek… Semoga Allah menempatkan nenek di syurga. I love you always and forever, Ra,” ujarnya.
Zahirah menitipkan doa agar Allahyarhamah neneknya ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman.
Terdahulu, Zahirah memaklumkan neneknya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live