Neonate Raikan Kepelbagaian Saiz, Model Terpilih Bervariasi Plus Size & Tak Berketinggian Tinggi
Syafiqah Jalal
11/08/2022 15:48 MYT
11/08/2022 15:48 MYT
Pencarian Neonate: Model Search for KL Fashion Week 2022 (KLFW22) hampir sudah tiba di kemuncaknya.
Seramai 55 orang model telah terpilih daripada pencarian ujibakat Neonate yang berlangsung selama dua hari pada 24 dan 25 Julai lalu.
Menurut pengarah kreatif Neonate Clothing, Karl Shafek model-model itu diberikan kelas peragaan percuma selama dua hari sebelum memilih dan menyenarai pendek 20 orang model.
“Kami berikan kelas percuma kepada 55 orang model yang kami pilih dari 600 lebih yang hadir ketika ujibakat yang lalu.
“Saya rasa ini masa terbaik untuk kami beri balik apa yang kami ada. Dunia peragaan pun ada cabang yang bagus juga walaupun selepas ini kami sudah tidak ada kena mengena dengan mereka lagi.
“Selepas ini kami akan pilih 20 yang terbaik untuk model kami. 20 orang itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan fashion show, campaign show dan kempen jalanan,” katanya kepada Astro Gempak.
Karl ditemui oleh Gempak ketika Model Class by Neonate yang berlangsung di Mzone Studio di The Linc KL, Kuala Lumpur pada Ahad.
Model Class by Neonate berlangsung selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Ogos lalu. Dua hari kelas itu termasuk catwalk class, health & fitness, kelas fotografi, grooming class dan banyak lagi.
Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah model terkenal, Tini Bibbaby, pemiliki Mzone Studio, Dr. Mustafa, pemilik Prestige Medispa, Dr. Athirah dan ramai lagi.
Menariknya seramai 55 orang yang terpilih itu, mereka terdiri daripada semua yang bukan sahaja yang tinggi lampai dan kurus langsing tetapi terdiri daripada yang berbadan besar serta berketinggian sederhana.
Kata Karl Neonate mahu meraikan kepelbagaian saiz untuk model jenama pakaian mereka.
“Dalam 55 orang itu separuhnya ada pengalaman dan selebihnya tidak. Susah untuk buat pemilihan sebab mereka berkualiti dan ada potensi untuk ke depan.
“Mengenai saiz dari awal lagi Neonate memang tak letak kriteria tertentu. Kami tidak mengikut saiz modelling yang biasa sebab kita jumpa ramai yang berkualiti.
“Kami cari orang yang boleh gayakan baju dengan baik tak kisah mereka ‘pluss size’ atau berketinggian rendah.
“Kami mencari kepelbagaian look sebab kita kena fikir yang beli barang kita orang biasa jadi model ini kene represent setiap orang untuk jadi realistic,” ujarnya.