Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Nervous Of Course!”- Ika Nabella Tunggu Hari Nak Bersalin, Bimbang Suami....

Syafiqah Jalal 08/10/2019 | 05:22 MYT
Pelakon Ika Nabella akui gementar menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata pertamanya yang dijangka pada bila-bila masa.
Namun Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 30, memberitahu apa yang membuatkannya lebih berdebar adalah apabila dia memikirkan mengenai suami, Muhammad Zaid Aznam yang bakal menemaninya di dewan bersalin.
Ika berkata, suaminya seorang yang sukar dijangka dan bimbang Zaid tidak dapat menenangkannya ketika di dalam dewan bersalin nanti.
“Labor is just around the corner orang Melayu kata tunggu hari. Nervous of course!
”Tapi I nervous dengan laki I. My birth companion. Macam manalah dia akan comfort kan I nanti. Adakah dia akan usap-usap 5 saat, take a nap atau layan Angga Candra kat YouTube?
”Dia ni lain macam sikit. Hampa tanya kat dia umbilical cord tu apa pun belum tentu dia tau. Silap hari bulan dia tanya bahasa Tamil ke tu yang...? Satgi Doctor suruh dia potong dia tanya Doctor “kenapa saya?” Haruuuuuu!,” tulisnya berseloroh.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu, dia memuat naik video dia dan suami berkongsi perasaan mereka menanti kelahiran anak sulung.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis.
Malah mereka turut mendoakan agar Ika selamat serta dipermudahkan proses untuk bersalin.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Labor is just around the corner orang melayu kata tunggu hari. Nervous of course! Tapiiii I nervous dgn laki I. My birth companion. Mcm mana la dia akn comfort kan I nnt. Adakah dia akan usap2 5 saat, take a nap atau layan angga candra kt youtube? ? Deni lain mcm sikit. Hampa tanya kt dia umbilical cord tu apa pun belum tentu dia tau. Silap haribulan dia tanya bahasa tamil ke tu Yang...? Satgi Doctor suruh dia potong dia tanya Doctor “kenapa saya?” Haruuuuuu! ? Husband hampa buat apa dlm labor room? Cerita sattttttt

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

#Bersalin #Hamil #Hamil #Suami #Ika Nabella
;