Laman Utama

“Nervous & Paranoid”- Nora Danish, Suami dan Anak Tetap Bercuti Ke Langkawi

gempak
Syafiqah Jalal
16/09/2021
06:49 MYT
Sponsor Banner
“Nervous & Paranoid”- Nora Danish, Suami dan Anak Tetap Bercuti Ke Langkawi
Pelakon Nora Danish bersama suami dan anak mengambil kesempatan untuk bercuti ke Langkawi, Kedah selepas kerajaan membuka sektor pelancongan di negeri itu bermula hari ini.
Nora dan keluarganya yang bertolak menaiki penerbangan pada pagi tadi itu kini telah sampai ke sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.
Berkongsi kegembiraannya, Nora memuat naik foto dan video perjalanan mereka di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulilah, Langkawi here we come!” tulisnya dalam kapsyen.
Sementara itu, meninjau laman sosial suaminya, Mohamad Nedim Nazri atau lebih mesra dnegan panggilan Bossned tidak menafikan yang mereka berdebar dan paranoid untuk bercuti.
Namun Bossned turut berkongsi beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bercuti.
“1st time travelling on a plane after so long ..I’m not going to lie , a little nervous & paranoid.
“Semuanya sudah diselesaikan, RTK Test (kit ujian pantas), Doctors letter, ionisers dan mask,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan selamat.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan bermula 16 September ini Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live