Hiburan
“Nervous Pula Hakak” - Siti Nurhaliza Hos Jemputan MeleTOP Malam Esok
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal membuat kemunculan sebagai hos jemputan bagi program MeleTOP esok.
Menerusi laman sosial Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi berita itu untuk tatapan umum.
“Nervous pulak hakak,” tulis Tokti ketika berkongsi semula entri yang dimuat naik oleh program MeleTOP.
Menariknya lagi, bekas pengacara MeleTOP Neelofa turut meninggalkan komen emoji ‘thumbs up’ dan hati di ruangan komen.
Selain itu, rata-rata wargamaya turut memberikan sokongan kepada Tokti untuk berikan yang terbaik sebagai pasangan pengacara Nabil Ahmad.
“OMG this is epic. Kena pergi studio ni, tengok siaran langsung,” tulis seorang wargamaya.
“Bahaya Tie. Bimbang Nabil punya gila tu nanti hang punya gelak semua keluar. Kena gelak tutup mulut, mesti kelakar nanti ni,” ujar seorang wargamaya.
“Tak sabar nak tengok Tokti buli Nabil,” pinta seorang wargamaya.
“Saya jarang tengok MeleTOP. Tapi kalau Tokri yang jadi hos, confirm saya akan tengok!” tulis seorang wargamaya.
Minggu lalu beberapa selebriti undangan seperti Sherry Al-Hadad, Nora Danish dan Mira Filzah telah diundang sebagai hos jemputan bagi menggantikan Neelofa yang telah mengundurkan diri sebagai hos MeleTOP pada penghujung 2019.
Terdahulu, Tokti pernah mengacarakan rancangan berbentuk permainan ‘Siti Ooo.. Som’ sekitar tahun 2012.
Must-Watch Video