Demi pengalaman menonton televisyen yang hebat, Astro menawarkan pek-pek langganan terbaharu yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan.

Khas untuk pelanggan yang sukakan dunia penstriman, mereka kini boleh menstrim segala program kegemaran menerusi Ultra Box dan Ulti Box tidak lama lagi.

Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, Astro sentiasa memberikan apa yang diinginkan oleh para pelanggan.

“Khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, Astro menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

“Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan.

“Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.”

Selain itu, tambah Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, misi utama mereka adalah untuk menyajikan hiburan terbaik kepada semua pelanggan Astro.

“Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana.

“Di Netflix, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro yang mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”

Pakej-pakej terbaharu Astro yang tersedia adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.
Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.

Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.