Netizen Anggap Fattah Amin Kurang ‘Effort’ Pujuk Fazura, Wanita Ini Kongsi Pendapat - “Kita Tak Boleh Expect Semua Suami Jadi Macam Hafiz Mahamad”
Asyikin Mayudin
29/09/2024 00:55 MYT
29/09/2024 00:55 MYT
Hadiah jambangan bunga dan kek yang dihantar oleh aktor Fattah Amin kepada isterinya, aktres Nur Fazura menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak Jumaat lalu.
Kurang effort
Ada dalam kalangan netizen yang menganggap Fattah seperti tidak menunjukkan ‘effort’ memujuk Fazura apatah lagi pada ulang tahun kelahiran isterinya itu.
Bagaimanapun menerusi perkongsian seorang wanita di platfrom Thread berkata bukan semua lelaki seperti pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad yang pandai membuat kejutan kepada isterinya.
“Kita tak boleh expect semua suami kena jadi macam Hafiz Mahamad pandai buat kejutan kat bini dia. Sebab memang Hafiz Mahamad tu jenis suka tengok romance movies.
“Kalau kita dapat suami pun jenis tengok cerita perang-perang, janganlah expect suami kita ni pandai nak bermulut manis. Bukan semua layan cerita Kami The Movie mulut pandai berfalsafah.
“Bila orang kata apalah Fattah Amin effort macam tu je? Seriously kesian kat dia. Sebab hidup berkahwin ni syarat utamanya menerima seadanya,” kongsi wanita tersebut.
Terima kekurangan
Pada perkongsian sama, wanita itu tidur mengatakan dalam perkahwinan pasangan suami isteri perlu menerima kekurangan satu sama lain dan melihat kebaikan yang ada pada diri mereka.
“Pasangan tak pandai sweet-sweet, ajar. Kalau tetap tak pandai, itulah pasangan yang kita cinta. Terima. Pasangan tak panda dress up, ajar. Kalau tetap tak pandai, tengok kebaikan dia yang lain. Terima.
“Pasangan tak pandai manja-manja, ajar. Kalau dia tetap bercakap kasar, doakan dia berubah. Terima. Konsep berkahwin ni menerima itu 9/10, cinta, sayang, kerjasama, memahami itu semua 1/10, Terima terima terima terima,” ujarnya.
Punca perceraian
Dalam pada itu, wanita tersebut juga berkata masalah yang berlaku dalam rumah tangga bukan hanya disebabkan pihak ketiga atau berlaku pergaduhan sebaliknya ia terjadi disebabkan tidak menerima kekurangan pasangan.
“Sebab tu juga perceraian tu boleh berlaku tanpa perlu ada orang ketiga, tanpa perlu ada keganasan rumah tangga, tanpa perlu ada masalah apa-apa. Sebab, tak terima,” katanya lagi.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian wanita itu dan menganggap tak semua suami pandai membuat kejutan romantik untuk isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"