Netizen ‘Bahan’ Cher Gara Gara Emoji Lembu Buat Mendiang Ratu Elizabeth II
Maliah Surip
13/09/2022 14:40 MYT
13/09/2022 14:40 MYT
Seluruh dunia masih berkabung di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 September 2022 lalu.
Tidak sedikit yang menyampaikan belasungkawa dan berduka di atas pemergian mendiang yang disifatkan sangat berjiwa rakyat, berhati mulia serta disayangi ramai itu.
Salah seorang selebriti yang ikut menyampaikan salam takziah buat mendiang adalah diva pop, Cher.
Menerusi satu ciapan di Twitter, penyanyi berusia 76 tahun ini menuliskan pengalamannya bertemu mendiang.
“Saya sedih dengan pemergian Ratu Elizabeth II. Saya berasa terhormat sempat bertemu dengannya.
"Saya beratur panjang seperti rakyat lain, menunggu bertemu dengannya,” tulis Cher.
Dia kemudian mengatakan apa yang mengujakan, setelah sempat bertemu, dirinya dan mendiang berbicara dengan agak lama.
“Saya bangga kerana beliau adalah seorang (emoji lembu) dan mempunyai selera humor tinggi,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun emoji lembu yang ditinggalkan Cher telah mengundang gelak tawa dan dijadikan bahan ejekan oleh warganet.
Hal itu lantaran, Cher sepatutnya meletakkan emoji kambing atau GOAT yang membawa maksud Greatest of All Time, tetapi telah menggunakan emoji lembu.
Meski cuitan tersebut telah dihapuskan, warganet masih sempat mempersendakan Cher.
“Saya tidak boleh menahan tawa. Cher meletakkan emoji lembu, bukannya GOAT,” ciap seorang netizen.
Sementara yang lainnya menulis: “Bukan Cher yang memanggil Ratu Elizabeth II dengan panggilan lembu (emoji menangis).
Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada usia 96 tahun kerana masalah kesihatan.